Mizan Ishak's profile

Basic Drawing (CBDD1103) - Basic Drawing Technique

Objek kepala paip ini dilukis dengan menggunakan teknik Cross Hatching iaitu melukis sesuatu objek dengan menghasilkan tindanan lapisan garisan-garisan dalam berbilang arah dalam menunjukkan volume kedalaman, ilusi bayangan, refleksi dan tekstur. Semakin gelap kawasan nada yang ingin dihasilkan semakin rapat jarak di antara garisan dan semakin banyak tindanan garisan yang berlainan arah telah dihasilkan dengan menggunakan pensil.
Objek sesikat pisang ini dilukis menggunakan teknik Hatching iaitu melukis sesuatu objek dengan menghasilkan garisan-garisan selari. Jarak garisan-garisan selari di antara satu sama lain yang dilukis menggunakan pen dakwat pada objek pisang ini memainkan peranan dalam menunjukkan volume kedalaman, ilusi bayangan dan tekstur. Semakin rapat jarak di antara garisan semakin gelap kawasan nada dapat dihasilkan
Teknik Scribbling telah digunakan untuk menghasilkan objek kerusi ini iaitu dengan menghasilkan contengan menggunakan pensil yang tidak teratur seperti benang yang berselirat atau berserabut. Untuk menghasilkan kawasan nada yang lebih gelap, contengan dipertebalkan dan dirapatkan dan untuk menghasilkan kawasan bernada terang pula contengan dibuat secara lebih lebar dan lemah
Basic Drawing (CBDD1103) - Basic Drawing Technique
Published:

Basic Drawing (CBDD1103) - Basic Drawing Technique

Published:

Creative Fields